Bahana/Akibat Menonton Video Lucah..

Baiklah,Lazimnya, yang gemar melihat benda ini semua adalah golongan REMAJA dan remaja itu adalah kita dan saya. Antara faktor yang mendorong seseorang itu menonton video atau membaca bahan lucah ialah :

1) Terlalu banyak MASA KOSONG yang tidak diisi dengan benda yang manfaat. Jadi, bila hal ini berlaku seseorang itu akan terdorong menuruti hawa nafsunya tambahan pula di depannya sudah ada 'laptop' dan internet pula laju, lagi mudah kerja lagho ni dibuat.

Tindakan : Isikan masa anda dengan seberapa banyak aktiviti yang mungkin. 


Sebenarnya,kalo sape yg ska tonton video lucah melalui IT/teknologi,cuba sebulan or 2 bulan korang jauhkan diri korang daripada teknologi.. sebab korang mungkin xleh tahan nafsu bler ada dpan IT/teknologi..

2) Terlalu BERKHAYAL.

Inilah antara faktor utama menonton video lucah. Lazimnya, orang yang dah ber'couple' akan banyak khayalnya. Dia akan pandang seseorang perempuan itu dengan pandangan tembus. Tambah-tambah pula bila perempuan berpakaian yang menjolok mata. Tudung kalau boleh nak diselak sampai nampak dada, seluar tu ketat sampai susah nak jalan. Kalau lelaki miang memang suka tengok perempuan begini. Kalau saya menyampah, sebab kuih kalau dah selalu terdedah dan ditayang, rasanya akan hilang dan kualitinya akan berkurangan. Kalau kita pergi kedai jual kek, kita nak beli kek yang letak dalam cermin ke atau yang diletak tersadai atas meja?? Jawab sendiri..

Tindakan : Daripada berkhayal baik kiranya kita mengingati mati atau fikir sesuatu tentang masa depan. Lepas ni nak buat apa, kalau keputusan periksa aku teruk nak kerja apa. Nabi kata orang yang paling bijak di kalangan kamu adalah mereka yang banyak mengingati mati.

3) Terlalu Banyak BERSOSIAL

Adab pergaulan laki perempuan juga nak kena jaga. Perempuan sembang dengan laki 'tak moh gedik-gedik sangat ye' sebab meluat tengok. Jangan selalu buat suara manja, seolah-olah 'meminta sesuatu'. Cakap macam biasa..sopan, lemah lembut, berbudi bahasa..jangan menggedik. Perempuan juga nampak tidak manis apabila selalu ketawa yang bunyinya macam kuda. Tak bagus ye..Laki pula sembang jangan terlalu tumpu pada mata, dan mata tu jangan meliar tempat lain.

Tindakan : Kurangkan bersosial tapi jangan tak bermasyarakat langsung. Bersosial boleh tapi jagalah batas adabnya. Sembang jangan keterlaluan, bergelak ketawa berpada-pada. Ini semua akan mendorong hubungan intim yang disulami nafsu seksual di kalangan kita. Nafsu yang belum tiba masanya ia datang.

4) Berkawan dengan orang yang rendah akhlaknya.

Bersahabatlah dengan orang baik budinya, kuat agamanya, mudah-mudahan kita terdorong untuk mencontohi tingkah lakunya. Berkawan memang dengan semua orang tetapi bersahabat dengan orang yang baik akhlaknya agar kita dapat 'saham' apa yang dilakukannya. kalau orang yang selalu ke surau, kita rapat dengannya, kita turut juga dapat pahala atas amalannya.

Jika bersahabat dengan tukang besi kita akan dapat bahang besi itu, jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, baunya kita akan dapat.

Tindakan : Mulai sekarang, bersahabatlah dengan orang yang kuat agamanya, baik pekertinya, luhur budinya agar kira dapat mencontohinya.

5) Kurang Baca Al-Quran

Rata-ratanya, orang yang selalu melihat video lucah adalah yang jarang membaca Quran. Ini kerana, jarang membaca Quran akan membuatkan hati mati dan gelap dan menghalang cahaya (Nur) Tuhan terpancar.

Tindakan : Selalulah baca Quran. Baca dengan tajwid yang betul. kalau tak tahu WAJIB belajar dengan orang yang tahu. 

RUGINYA ORANG YANG TAK MAHIR BACA QURAN APABILA DIA DEWASA KELAK. BILA ADA ANAK, ISTERI WAKTU ITULAH AKAN MENYESAL TAK BERKESUDAHAN. ANAK KELAK AKAN JADI MACAM KITA.

Anda akan akui bahawa kata-kata saya ini benar setelah anda mendirikan rumahtangga. Waktu tu lah sibuk nak cari guru mengajar, kena pula keluarkan duit untuk upah mengajar. Bila mati nanti, tiada pahala bacaan Quran yang diterima daripada anak di atas kegagalan kita mendidik tadi.

Keburukan Orang Yang Melihat Video Lucah

1) Lemah syahwat ketika berkahwin nanti. Mudah kalah dalam pertarungan.
2) Mudah jemu dengan isteri sendiri dan berkhayal lebih puas baginya daripada berjimak dengan isteri.
3) Zuriat akan tercemar dengan benih-benih yang tidak soleh. Anak nanti akan mengulangi semula perbuatan kita itu. Bila terkantoi melihat anak kita nanti melihat video lucah, waktu tu kita akan terkenang kembali tabiat kita dulu. Padan muka!!!
4) Hati gelap, jiwa sentiasa resah gelisah. Seolah-olah mencari sesuatu.
5) Hidup dalam laknat Tuhan. Rezeki sempit.

Lepas ni janganlah tengok cerita lucah. Cuba tengok cerita Detective Conan ke, Doraemon ke, Shin Chan ke..ataupun cerita Ultraman. Pasti tak terangsang nafsu. 

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

26 komen....?:

Anonymous said...

mekasih atas nsihat dan yg diberikan..moge2 kite semue dapat terhindar daripada hasutan syaitan lakntullah..AMIN..

Anonymous said...

terima kasih.insyaallah saya tidak akan melihatnya lagi

Unknown said...

thanks krne mmbri nsht yg brgne Insya Allah sy akn tnglkn prbuatan keji trsbt

Anonymous said...

tolong doakan semoga saya dapat menjadi seorang muslimah yg solehah yew..trima kaseh diatas info n nasehat yg amat berguna tu ye..semoga Allah berikan sy nurNya n dpt meninggalkan perbuatan keji nihh.Amin

Anonymous said...

thanks abaut ded.......susah nye nak tahan

Anonymous said...

doakan sye dpt hindari perkara keji ini...........aq rse gelisah kalu tengok .........kalo x tengok rse relaks je

Unknown said...

doakan supaya ana dijauhi perkara negatif

Unknown said...

Subhanallah , saya dh banyak buat dosa kat Allah . Saya lalai selama ni . tapi kali ini Insyallah saya cuba perbaiki kesilapan saya .

Anonymous said...

Ya allah, sy pun sama bulan puasa pun nk tgk video lucah lgi.. Ssh nk buang tabiat ni, mula2 mmg ckp kt diri sdri xnk tgk dh..tpi akhirnya buat jgk..sy rse diri sy teruk sgt2 dan skg ni sy sedang cbe utk pulihkan diri sy ni jdi mcm dlu xtgk bnda2 yg keji ni lagi..

kiddo said...

InsyaAllah,moga-mogahan kita semua berubah :D

Anonymous said...

Syukran Atas nasihat yg dbrikan,,inn syaa allah sya akn mula brubh dri tgok video tu....klau x tgok bnda 2 mmg x snang ddok....tpi,, dgn azam yg kuat inn syaa allah nk brubah,,,tolong doakan untuk sya dgn org lain yg nk brubah k....:)

Anonymous said...

ya allah hamba berdosa...ya allah...hamba telah banyak menzalimi diri hamba sendiri...hamba sangat menyesal dengan perbuatan hamba...ampunilah hamba selama hamba hidup didunia ini..ya allah...hamb hanyalah manusia yg lemah ya allah..hanya kepada engkaulah tempat hamba memohon keampunan..bersihkanlah hati hamba ya allah...dan fikiran hamba...sesungguhnya engkaulah maha pengampun lagi maha penyanyang...tiada daya dan upaya melainkan pertolonganmu...ya allah amin....ya robbal alamin...sahabat tolong doakan saya ye...semoga hamba diberi petunjuk dan hidayah oleh allah....amin.

Anonymous said...

masyallah

Anonymous said...

ya allah ampuni dosa dosa ku yang lalu andainya,ku bisa hidup beribu tahun lama lagi,kukotakan kata-kata yang telah ku janji andainya esokkan ku pergi susun sepuluh jari ku mohon diampuni,janganlah bersedih berduka kita akan berjumpa di san di padang luas terbuka pintu syurga dan neraka adakh kita bersedia untuk menanggung delima untuk menanggung derita

Anonymous said...

Ya allah..susahnya nk tingglkan amalan terkutuk ni..sudah jenuh buat solat taubat tpi ttp jg tgk.ampuni aku..pelajaran terganggu dgn truk.

Anonymous said...

Assalam...
tolong doakan saya dan org2 yg sedang nk berhijrah balik ke pangkal jln.saya tak minum arak,tak berzina,tak berjudi,tenun nasib dll tapi "LUCAH" Setiap hari di tayang...di hidang di depan mata.di media sosial...youtube...majalah...filem...inilah penyebab porno dan lucah susah nk tinggalkan.benda ni memang ketagih.ibarat perokok yg berhenti rokok tapi naluri tetap ada.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Testing testing,saya bukan antara sekmaniac kt cni.cuma test komen jer.

Shafiqah Rosli said...

amin

Anonymous said...

i will try my best :)
please pray 4 me .

Anonymous said...

Memang ketagih eh kalo tonton video lucah??

Anonymous said...

hmmmmmmmmmmmmm

Anonymous said...

Saya perempuan . Saya ada insomsnia . Saya budak sekolah lagi . Mata saya tak pernah letih pada waktu malam . Badan penat , tapi mata tk nk tutup . Saya mengetahui apa itu seks , video lucah n others pd umur 11 thun . Sebab masa tu sya nk main game dlm henpon abng saya . Saya terbukak video lepas tu sya nampak anime . Saya pun nk tgklah . Masa saya bukak tu saya terkejut . Knp animenya camni ( hentai ) . Saya serius tak tahu apa2 masa tu . Saya tgk jelah . Biasalah budk kecik rasa ingin thu diorg sngt tinggi . Saya search kt gooogle . Masa tu saya rasa jijik . Lepas tu tak thulah cmne tiba2 saya addicted pulak dgn hentai . Lepas addicted dgn hentai selama bertahun tahun .. saya mula tonton yg extrem skit ( human ). Masa drjh enam saya stop sbb busy . Alhamdulillah keputusan saya cemerlang . Masuk alam skolah mngh saya mula semula . Saya memang tak bersosial ( anti sosial ) . Dan saya tak ckp bnda2 kesat like bodoh , sial etc . Saya pulk tak suka kalau org ckp bnda2 blue . Dalam hati saya selalu ckp " kalaulah aq tak jumpa smeua bnda tu dulu " . Saya nak stop . Saya cuba stop . Tapi masuk alam skolah mngh , saya dapat insomnia . Saya takleh tido . So sebelum tido tu , saya excersice , lari2 ( nak penatkan diri ). Tapi tk berkesan sebab saya kena baring baru senang nk tido . So saya fikir apa bnda yg saya boleh buat utk pentkan diri sambil baring . Saya teringat saya ada baca yg bila keluar air mazi , badan akan rasa letih . Saya pon start tgk video lucah . Saya hanya ambil masa 3-4 mint sahaja then saya orgasm . Serius lepas tu tk yah tunggu apa2 saya automatik terus tidur smpai pagi . Tahun demi tahun . Saya nk sangat berhenti . Tapi kalau tak saya tk dapat tidur . Saya tidur lingkungan pukul 2 - 3 am . Bangun pukul 5: 30 / 6 am . Saya mula terfikir nk beli ubat tidur , tapi cg saya ckp jangan . Banyak keburukannya . Mama saya pun akan marah kalau dia tahu . Apa patut saya buat . Haramkah saya tonton video lucah semata mata untuk saya tidur waktu malam ? Kakau sya tak cukup tidur , saya tak boleh nk belajar kt sekolah . Apa hukum perbuatan saya ni ? Saya telah cari di internet , bagaimana mahu mengatasi insomni . Tetapi semua tidak berhasil . Cara ini sahaja yg berhasil .

Unknown said...

Pendapat saya..sebaik2 saudari membaca surah2 al-quran..Kajian sains mengatakan anda insomnia..dalam islam mengatakan anda sering diganggu oleh jin..untuk mengelak dari berterusan lebih baik jika saudari mengambil insentif lain..seperti membaca ayat2 al-quran..download al-quran pada hp saudari.dan cubalah saudari berusaha ke arah yang diredhai Allah swt. In sha Allah..semoga saudari dilindungi..

wtf said...

if you want watch some malay porn, then click Asian amateur in head scarf sucks then fucks this video link.

Anonymous said...

Ya Allah bantu aku aku pun nak berubah yang ini yang terakhir aku tonton lucah walau aku dalam bidang agama menghafaz quraan tapi susah untuk hentikan tabiat ni bantulah aku Ya Allah tundukkan pandangan ku ketika berjalan ramai sibukkan jiwa aku ketika berseorangan bantulah Aku Ya Allah Aku mohon Ya Allah ampunkan Aku

Post a Comment