Selamat tinggal Ramadhan...?

Dengan Nama Allah,Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian Alam,
Selawat dan salam untuk junjungan besar,Nabi Muhammad SAW,dan kepada keluarga baginda.

Alhamdulillah,harini dah masuk 26 Ramadhan. Syukur Ya Allah,kerana masih bagi kami nikmat,yaitu masih lagi bernafas di atas muka bumi ini. Adakah anda semua penuh berpuasa kali ini? Harap-harap ye lah kan? Bagi wanita di luar,janganlah bersedih yang tidak dapat berpuasa penuh. Sesungguhnya,Allah lagi mengetahui kelebihan-kelebihannya. 

Yeay! Dah Nak Raya....?

Alhamdulillah,memang tak dinafikan,raya aidiladha adalah raya yang sering disambut,malah digalakkan dalam islam untuk menggantikan perayaan ketika zaman jahiliyah dahulu. Dan raya juga disambut setelah penat lelah kita berpuasa sebulan,kan? Persoalannya,penatkah kita berpuasa sebulan ni? Terasa bebankah pada kita? Tanya pada diri sendiri,adakah puasa kita betul-betul puasa,atau cuma dapat penat lelah sahaja? Adakah dosa-dosa kita diampunkan? Adakah sudah cukup ibadah kita kepadaNya? Adakah kita sudah peroleh nikmat di malam lailatul qadar? Di mana,malamnya lebih baik dari seribu bulan?(Klik untuk kisah seribu bulan) Renungilah hadis ini wahat sahabat...


Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya 
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

Ya Allah,Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Rabb.. Apakah telah  diampunkan dosa-dosa kita wahai teman? Apakah sudah cukup amlan kita di Ramadhan ini wahai taulan? Adakah Ramadhan akan datang,itu pasti datang kepada kita wahai sahabat?
"Sesungguhnya,orang awam gembira meninggalkan Ramadhan(Kita semua),manakala ahli ibadah sedih atas pemergian Ramdhan.."
Wahai Insan! sementara kita masih berpeluang,rebutlah peluang beramal di Ramadahn kali ini. Sesungguhnya,tiada siapa tahu pengakhiran hidup kita. Tiada jaminan untuk kita,walaupun unytuk nafas kedua. Bersyukurlah atas segala nikmat yang telah diberikan. Allahu.

Wahai Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosa kami,tingkatkanlah amal ibadah kami! Jauhkanlah kami dari maksiat Ya Allah.. Wahai Tuhanku, bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMu, mensyukuri segala nikmatMu serta berusaha memperelokkan ibadahku..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

kenapa kita tak boleh sambut april fool?


hari ni,bersamaan dengan 1 april.
aku nak post berita yang baru aku dapat.
harap2 kita boleh berkongsi dan mudah-mudahan Allah memberi kita hidayahNya :D


Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Harap Maaf


Harap maaf,kepada sesiapa yang rajin tgk2 blog ni (itu pun kalau ada)
sebab saya jarang nak mengupdate blog saya. 
InsyaAllah,sekiranya saya ade masa terluang,saya akan menulis post baru,insyaAllah.
sekian,harap maaf  =D

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D