Kisah Benar Pengakuan Bekas Paderi Kristian


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah, Pondok Kg Pisang.

Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.


Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang). Setelah satu tahun saya tinggal di sana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore .


Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda- pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza. 

Cara-cara berdakwah: 

Mereka akan menemu bual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum  1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak, Filipina dan Singapura. 

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah.   Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh, Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan   adalah penaung nya dan saya sebagai timbalan paderi itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) 

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris.

Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat :

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuki Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KEPADA ORANG ISLAM KITA 


'Sebarkanlah walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalan mu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'

(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk suami, isteri, anak-anak, kaum keluarga, saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allahhu Akbar'...... maha suci Allah.


ALLAHUAKHBAR. ..ALLAHUAKHBAR. ..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Makna Bacaan Dalam Solat..

Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadui di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari............... untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan .


Allah Maha Besar   

Doa Iftitah 

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. 


Al-Fatihah 

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. 


Bacaan ketika rukuk 

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. 


Bacaan ketika bangun dari rukuk 

Allah mendengar pujian orang yang memujinya. 


Bacaan ketika iktidal 

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. 


Bacaan ketika sujud 

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. 


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud 

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku. 


Bacaan ketika Tahiyat Awal 

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 


Bacaan ketika Tahiyat Akhir 

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. 


Doa Qunut 

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 



Lepas ni,harap lpas ni korang sume boleh khusyuk solat...

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

sorrie sesangat

Aku mintak maaf kalau semua benda yg aku tulis atau 'copy paste' ni panjang sangat
aku x tau nak pendekkan lagi cammana
sorrie sesangat!

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AD - DUKHAN
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.
8 . SURAH AS-SAJDAH
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar
.
9. SURAH AL-HASYR
Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”
10. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali surah Al-Ikhlas sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
11. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
12. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

jadi apa tunggu lagi?
segerakan lah mengammalkannya secepat mungkin,,
InsyaAllah dapat seperti di atas..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Duduk Diantara Dua Sujud

"BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN semasa duduk antara dua sujud"


Dalam tidak sedar..
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah.

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (sihatkan aku)
Wa’fuannii (maafkan aku)

korang pernah x terfikir untuk tau je apa makna bacaan ni sebelum ni?
so pasni,bolehla/senangla nak khusyuk dalam solat.. 
InsyaAllah..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Wasiat Nabi

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;

  Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)   Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan ibadahnya
2)    Merahsiakan sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)    Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi dirinya.
2)     Menghisab dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.  45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.  Semua insan ingin memasuki syurga  tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana  untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan  'surat   berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan   dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali............

junaidahsyukri.blogspot.com


Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

sorrie..

sorrie sgt kalo aku lma x post kat blog ni..
maklum ar..
bz sgt..
haha...
anyway aku akan cuba untuk menulis kat blog ni..
anyway..
bca ngan happy!

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

PLEASE DO NOT STOP!!!

If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with a 
bloody hand knocking on your window demanding you to stop and asking
 
for tissue paper to clean the blood when you are driving a car,
 
remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or
 
holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly
 
to the nearest 
police station. This kind of criminal tactics have been
 
reported in about 40 cases in Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P.Jaya
 
and Klang 
Town police stations (actually around the whole country).
 
 
These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare to
 
commit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stop
 
the car to help you. The main purpose of this dirty tactic is to rob
 
you and/ or even commit rape if you are female driver driving alone.
 

sumber:Laman Nurani

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Info Yg Lebih Jelas..

KALAU korang nk info yg lebih Jelas tentang Keagamaan..

korang disaran kan agar bukaka blog ni Rintihan Nurani
rajin2 la bukak blog ni k..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Bahana/Akibat Menonton Video Lucah..

Baiklah,Lazimnya, yang gemar melihat benda ini semua adalah golongan REMAJA dan remaja itu adalah kita dan saya. Antara faktor yang mendorong seseorang itu menonton video atau membaca bahan lucah ialah :

1) Terlalu banyak MASA KOSONG yang tidak diisi dengan benda yang manfaat. Jadi, bila hal ini berlaku seseorang itu akan terdorong menuruti hawa nafsunya tambahan pula di depannya sudah ada 'laptop' dan internet pula laju, lagi mudah kerja lagho ni dibuat.

Tindakan : Isikan masa anda dengan seberapa banyak aktiviti yang mungkin. 


Sebenarnya,kalo sape yg ska tonton video lucah melalui IT/teknologi,cuba sebulan or 2 bulan korang jauhkan diri korang daripada teknologi.. sebab korang mungkin xleh tahan nafsu bler ada dpan IT/teknologi..

2) Terlalu BERKHAYAL.

Inilah antara faktor utama menonton video lucah. Lazimnya, orang yang dah ber'couple' akan banyak khayalnya. Dia akan pandang seseorang perempuan itu dengan pandangan tembus. Tambah-tambah pula bila perempuan berpakaian yang menjolok mata. Tudung kalau boleh nak diselak sampai nampak dada, seluar tu ketat sampai susah nak jalan. Kalau lelaki miang memang suka tengok perempuan begini. Kalau saya menyampah, sebab kuih kalau dah selalu terdedah dan ditayang, rasanya akan hilang dan kualitinya akan berkurangan. Kalau kita pergi kedai jual kek, kita nak beli kek yang letak dalam cermin ke atau yang diletak tersadai atas meja?? Jawab sendiri..

Tindakan : Daripada berkhayal baik kiranya kita mengingati mati atau fikir sesuatu tentang masa depan. Lepas ni nak buat apa, kalau keputusan periksa aku teruk nak kerja apa. Nabi kata orang yang paling bijak di kalangan kamu adalah mereka yang banyak mengingati mati.

3) Terlalu Banyak BERSOSIAL

Adab pergaulan laki perempuan juga nak kena jaga. Perempuan sembang dengan laki 'tak moh gedik-gedik sangat ye' sebab meluat tengok. Jangan selalu buat suara manja, seolah-olah 'meminta sesuatu'. Cakap macam biasa..sopan, lemah lembut, berbudi bahasa..jangan menggedik. Perempuan juga nampak tidak manis apabila selalu ketawa yang bunyinya macam kuda. Tak bagus ye..Laki pula sembang jangan terlalu tumpu pada mata, dan mata tu jangan meliar tempat lain.

Tindakan : Kurangkan bersosial tapi jangan tak bermasyarakat langsung. Bersosial boleh tapi jagalah batas adabnya. Sembang jangan keterlaluan, bergelak ketawa berpada-pada. Ini semua akan mendorong hubungan intim yang disulami nafsu seksual di kalangan kita. Nafsu yang belum tiba masanya ia datang.

4) Berkawan dengan orang yang rendah akhlaknya.

Bersahabatlah dengan orang baik budinya, kuat agamanya, mudah-mudahan kita terdorong untuk mencontohi tingkah lakunya. Berkawan memang dengan semua orang tetapi bersahabat dengan orang yang baik akhlaknya agar kita dapat 'saham' apa yang dilakukannya. kalau orang yang selalu ke surau, kita rapat dengannya, kita turut juga dapat pahala atas amalannya.

Jika bersahabat dengan tukang besi kita akan dapat bahang besi itu, jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, baunya kita akan dapat.

Tindakan : Mulai sekarang, bersahabatlah dengan orang yang kuat agamanya, baik pekertinya, luhur budinya agar kira dapat mencontohinya.

5) Kurang Baca Al-Quran

Rata-ratanya, orang yang selalu melihat video lucah adalah yang jarang membaca Quran. Ini kerana, jarang membaca Quran akan membuatkan hati mati dan gelap dan menghalang cahaya (Nur) Tuhan terpancar.

Tindakan : Selalulah baca Quran. Baca dengan tajwid yang betul. kalau tak tahu WAJIB belajar dengan orang yang tahu. 

RUGINYA ORANG YANG TAK MAHIR BACA QURAN APABILA DIA DEWASA KELAK. BILA ADA ANAK, ISTERI WAKTU ITULAH AKAN MENYESAL TAK BERKESUDAHAN. ANAK KELAK AKAN JADI MACAM KITA.

Anda akan akui bahawa kata-kata saya ini benar setelah anda mendirikan rumahtangga. Waktu tu lah sibuk nak cari guru mengajar, kena pula keluarkan duit untuk upah mengajar. Bila mati nanti, tiada pahala bacaan Quran yang diterima daripada anak di atas kegagalan kita mendidik tadi.

Keburukan Orang Yang Melihat Video Lucah

1) Lemah syahwat ketika berkahwin nanti. Mudah kalah dalam pertarungan.
2) Mudah jemu dengan isteri sendiri dan berkhayal lebih puas baginya daripada berjimak dengan isteri.
3) Zuriat akan tercemar dengan benih-benih yang tidak soleh. Anak nanti akan mengulangi semula perbuatan kita itu. Bila terkantoi melihat anak kita nanti melihat video lucah, waktu tu kita akan terkenang kembali tabiat kita dulu. Padan muka!!!
4) Hati gelap, jiwa sentiasa resah gelisah. Seolah-olah mencari sesuatu.
5) Hidup dalam laknat Tuhan. Rezeki sempit.

Lepas ni janganlah tengok cerita lucah. Cuba tengok cerita Detective Conan ke, Doraemon ke, Shin Chan ke..ataupun cerita Ultraman. Pasti tak terangsang nafsu. 

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Signs of Judgment Day (The Hour).mp4



ini adalh pemberitahuan tntang tnda2 kecil kiamat..
dh bnyak dh brlaku kat dunia ni..
cubalah korang renung-renungkan..
korang ada x dlm list ni?

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Am I Dead Already?


korang x tau..
bler korang mati,kat mana korang mati..
malaikat sudah brsedia untuk mencabut nyawa korang bler2 masa..
tapi korang dh brsedia ke?
fikir lah sndiri..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D