PLEASE DO NOT STOP!!!

If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with a 
bloody hand knocking on your window demanding you to stop and asking
 
for tissue paper to clean the blood when you are driving a car,
 
remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or
 
holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly
 
to the nearest 
police station. This kind of criminal tactics have been
 
reported in about 40 cases in Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P.Jaya
 
and Klang 
Town police stations (actually around the whole country).
 
 
These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare to
 
commit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stop
 
the car to help you. The main purpose of this dirty tactic is to rob
 
you and/ or even commit rape if you are female driver driving alone.
 

sumber:Laman Nurani

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Info Yg Lebih Jelas..

KALAU korang nk info yg lebih Jelas tentang Keagamaan..

korang disaran kan agar bukaka blog ni Rintihan Nurani
rajin2 la bukak blog ni k..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Bahana/Akibat Menonton Video Lucah..

Baiklah,Lazimnya, yang gemar melihat benda ini semua adalah golongan REMAJA dan remaja itu adalah kita dan saya. Antara faktor yang mendorong seseorang itu menonton video atau membaca bahan lucah ialah :

1) Terlalu banyak MASA KOSONG yang tidak diisi dengan benda yang manfaat. Jadi, bila hal ini berlaku seseorang itu akan terdorong menuruti hawa nafsunya tambahan pula di depannya sudah ada 'laptop' dan internet pula laju, lagi mudah kerja lagho ni dibuat.

Tindakan : Isikan masa anda dengan seberapa banyak aktiviti yang mungkin. 


Sebenarnya,kalo sape yg ska tonton video lucah melalui IT/teknologi,cuba sebulan or 2 bulan korang jauhkan diri korang daripada teknologi.. sebab korang mungkin xleh tahan nafsu bler ada dpan IT/teknologi..

2) Terlalu BERKHAYAL.

Inilah antara faktor utama menonton video lucah. Lazimnya, orang yang dah ber'couple' akan banyak khayalnya. Dia akan pandang seseorang perempuan itu dengan pandangan tembus. Tambah-tambah pula bila perempuan berpakaian yang menjolok mata. Tudung kalau boleh nak diselak sampai nampak dada, seluar tu ketat sampai susah nak jalan. Kalau lelaki miang memang suka tengok perempuan begini. Kalau saya menyampah, sebab kuih kalau dah selalu terdedah dan ditayang, rasanya akan hilang dan kualitinya akan berkurangan. Kalau kita pergi kedai jual kek, kita nak beli kek yang letak dalam cermin ke atau yang diletak tersadai atas meja?? Jawab sendiri..

Tindakan : Daripada berkhayal baik kiranya kita mengingati mati atau fikir sesuatu tentang masa depan. Lepas ni nak buat apa, kalau keputusan periksa aku teruk nak kerja apa. Nabi kata orang yang paling bijak di kalangan kamu adalah mereka yang banyak mengingati mati.

3) Terlalu Banyak BERSOSIAL

Adab pergaulan laki perempuan juga nak kena jaga. Perempuan sembang dengan laki 'tak moh gedik-gedik sangat ye' sebab meluat tengok. Jangan selalu buat suara manja, seolah-olah 'meminta sesuatu'. Cakap macam biasa..sopan, lemah lembut, berbudi bahasa..jangan menggedik. Perempuan juga nampak tidak manis apabila selalu ketawa yang bunyinya macam kuda. Tak bagus ye..Laki pula sembang jangan terlalu tumpu pada mata, dan mata tu jangan meliar tempat lain.

Tindakan : Kurangkan bersosial tapi jangan tak bermasyarakat langsung. Bersosial boleh tapi jagalah batas adabnya. Sembang jangan keterlaluan, bergelak ketawa berpada-pada. Ini semua akan mendorong hubungan intim yang disulami nafsu seksual di kalangan kita. Nafsu yang belum tiba masanya ia datang.

4) Berkawan dengan orang yang rendah akhlaknya.

Bersahabatlah dengan orang baik budinya, kuat agamanya, mudah-mudahan kita terdorong untuk mencontohi tingkah lakunya. Berkawan memang dengan semua orang tetapi bersahabat dengan orang yang baik akhlaknya agar kita dapat 'saham' apa yang dilakukannya. kalau orang yang selalu ke surau, kita rapat dengannya, kita turut juga dapat pahala atas amalannya.

Jika bersahabat dengan tukang besi kita akan dapat bahang besi itu, jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, baunya kita akan dapat.

Tindakan : Mulai sekarang, bersahabatlah dengan orang yang kuat agamanya, baik pekertinya, luhur budinya agar kira dapat mencontohinya.

5) Kurang Baca Al-Quran

Rata-ratanya, orang yang selalu melihat video lucah adalah yang jarang membaca Quran. Ini kerana, jarang membaca Quran akan membuatkan hati mati dan gelap dan menghalang cahaya (Nur) Tuhan terpancar.

Tindakan : Selalulah baca Quran. Baca dengan tajwid yang betul. kalau tak tahu WAJIB belajar dengan orang yang tahu. 

RUGINYA ORANG YANG TAK MAHIR BACA QURAN APABILA DIA DEWASA KELAK. BILA ADA ANAK, ISTERI WAKTU ITULAH AKAN MENYESAL TAK BERKESUDAHAN. ANAK KELAK AKAN JADI MACAM KITA.

Anda akan akui bahawa kata-kata saya ini benar setelah anda mendirikan rumahtangga. Waktu tu lah sibuk nak cari guru mengajar, kena pula keluarkan duit untuk upah mengajar. Bila mati nanti, tiada pahala bacaan Quran yang diterima daripada anak di atas kegagalan kita mendidik tadi.

Keburukan Orang Yang Melihat Video Lucah

1) Lemah syahwat ketika berkahwin nanti. Mudah kalah dalam pertarungan.
2) Mudah jemu dengan isteri sendiri dan berkhayal lebih puas baginya daripada berjimak dengan isteri.
3) Zuriat akan tercemar dengan benih-benih yang tidak soleh. Anak nanti akan mengulangi semula perbuatan kita itu. Bila terkantoi melihat anak kita nanti melihat video lucah, waktu tu kita akan terkenang kembali tabiat kita dulu. Padan muka!!!
4) Hati gelap, jiwa sentiasa resah gelisah. Seolah-olah mencari sesuatu.
5) Hidup dalam laknat Tuhan. Rezeki sempit.

Lepas ni janganlah tengok cerita lucah. Cuba tengok cerita Detective Conan ke, Doraemon ke, Shin Chan ke..ataupun cerita Ultraman. Pasti tak terangsang nafsu. 

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Signs of Judgment Day (The Hour).mp4



ini adalh pemberitahuan tntang tnda2 kecil kiamat..
dh bnyak dh brlaku kat dunia ni..
cubalah korang renung-renungkan..
korang ada x dlm list ni?

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Am I Dead Already?


korang x tau..
bler korang mati,kat mana korang mati..
malaikat sudah brsedia untuk mencabut nyawa korang bler2 masa..
tapi korang dh brsedia ke?
fikir lah sndiri..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

I Wished I HAd Prayed - A Story A Bout Two Friends


video ni mengisahkan dua orang kawn yg mati bersama..
tetapi,seorang dh solat dan lg sorang belum..
korang boleh nilaikan sendiri korang yg mana...

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

a small reminder



ini mengesahkan org yg insaf tp trlambat sbab dye dh lumpuh
hayatilah...

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

man dies in sujood (MUST SEE!)



laki ni dia meningal time dye sujud..
the moral of the story is.....
cpat2 lah tunaikan solat..
korang x tau bler korang mati..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Gambaran Seksaan Neraka

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Samurah bin Jundub :

"Pada suatu hari Rasulullah SAW sesudah solat mengadapkan muka beliau kepada kami dan berkata : "Siapa di antara kamu yang bermimpi malam tadi ?" Orang yang bermimpi menerangkan mimpinya. Mendengar itu, Rasulullah SAW bersabda :"Masha Allah !" Di hari yang lain, tiada siapapun yang bermimpi. Rasulullah SAW berkata kepada kami, kebetulan saya bermimpi malam tadi. "Saya melihat dua orang lelaki datang kepadaku, kedua orang itu memegang kedua tanganku, membawa aku keluar ke bumi suci. Tiba-tiba saya melihat seorang lelaki duduk sementara seorang lagi berdiri. Dia memegang alat yang dibuat dari besi dan mecocokkanya ke mulut hingga ke kerongkong kemudian dicabut kembali dan diulangi semula. Begitulah yang dikerjakan oleh keduanya silih berganti". Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan."Sambil berjalan, tiba-tiba saya melihat seorang lelaki sedang berbaring terlentang dan seorang lagi lelaki berdiri di sampingnya memegang batu sebesar penumbuk. Lalu dihempapkannya batu itu ke kepala pemuda berbaring tadi sehingga berkecai kepalanya. Setelah itu digulingkannya batu itu lalu diambil oleh pemuda yang dihempap batu tadi dan kepalanya normal semula. Kemudian diserahkan kebali batu itu kepada lelaki tadi dan dia menghempap semula kepala lelaki terlantang tadi dengan tidak berhenti-henti". Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan."Tiba-tiba kami sampai ke sebuah jurang seperti tungku yang sempit di bahagian atasnya, tengahnya luas dengan nyalaan api dengan 2 orang yang telanjang dibakar api, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya hampir tercampak keluar akibat dari gelojakan api tersebut, tiba-tiba api terpadam dan kedua-dua terjatuh ke dasar jurang tersebut. Kemudian api dinyalakan semula dan hal ini terus berlaku berulang-ulangkali." Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan."Kemudian kami sampai ke sebuah sungai darah. Terdapat 2 lelaki di dalam sungai tersebut di mana lelaki yang pertama memegang seketul batu berada di tengah-tengah sungai. Sementara lelaki yang kedua mengadap lelaki yang pertama, dia mahu keluar dari sungai itu. Namun setiap kali dia cuba keluar dia dilempar dengan batu oleh lelaki yang pertama tadi dan terjatuh semula ke dalam sungai. Keadaan ini terjadi berulang-ulang kali." Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan."Tiba-tiba saya sampai di taman yang hijau dan terdapat sebatang pohon yang besar. Di bawah pohon itu terdapat seorang lelaki tua yang sedang menyalakan api bersama-sama dengan beberapa orang anak. Kedua-dua malaikat yang membawaku, lalu membawaku naik ke atas pohon itu. Kemudian keduanya membawaku memasuki gedung yang amat indah yang belum pernah aku lihat. Di dalamnya ada golongan tua dan ada yang masih muda." Aku dibawa naik lagi. Tiba-tiba aku memasuki gedung yang lebih indah lagi. Ketika itu aku bertanya kepada kedua lelaki yang membawa aku: "Kamu telah membawa aku jauh mengembara pada malam ini, terangkan kepadaku apa yang telah aku lihat" Keduanya menjawab : "Orang yang engkau lihat memasukkan alat besi sampai ke kerongkongnya adalah pembohong yang sedang berbohong. Ia disiksa begitu hingga hari qiamat." "Orang yang dipecahkan kepalanya dengan batu adalah orang yang pandai membaca al-Quran, tetapi dia tidur dengan al-Quran di malam hari (tidak membacanya) dan tidak mengamalkannya di siang hari. Begitulah siksaannya hingga hari qiamat". Orang yang engkau lihat di dalam jurang adalah penzina dan di dalam sungai adalah pemakan riba. Orang tua yang berada di bawah pohon adalah Nabi Ibrahim sedangkan anak-anak yang berada di sisinya adalah anak-anak manusia. Yang menyalakan api adalah Malik, penjaga Neraka. Gedung indah yang pertama ialah untuk semua orang-orang beriman sementara gedung yang lebih indah adalah untuk para syuhada'. Saya adalah Jibril dan ini Mikail." Kemudian mereka menyuruh aku mengangkat kepala lalu aku melihat mahligai seperti awan tingginya. Kedua maliakat itu berkata : "Itulah tempat bagimu" Lalu aku berkata : "Biarkan aku memasukui mahligaiku" Jawab mereka : "Umurmu masih ada, sesudah engkau wafat, barulah engkau dibenarakan masuk"

Berikut adalah gambaran siksaan dan pembalasan yang diperlihatkan kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj.Peristiwa Isra'

1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah

2. mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah

3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.

5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.

6. Ssekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.

7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.

8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.

9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut.
Gambaran orang yang suka bercakap besar. Peristiwa Mi'raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

MashaAllah.. .
selagi hayat dikandung badan,selagi tulah ada masa untuk kita brtaubat..
oleh itu.. cpat2 lah brtaubat....
Assalamualaikum..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Seksa Neraka Untuk Perempuan Yang Melakukan Maksiat

Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis
manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul
menangis.
Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan
berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana
menyaksikan seksa yang perit dan pedih terhadap perempuan.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku
lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan
timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya
sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke
dalam peti yang dibuat dari api
neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena
penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan
dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari
duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"
kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung
rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat
tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat
kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa
izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan
nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk
lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena
ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan
berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak
mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar ialah pengumpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah
perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan
inilah peringatan kepada kaum perempuan.

 wahai perempuan muslim di luar sana..
ambillah iktibar dari kisah ini..
Assalamualaikum...

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Kisah Neraka Allah bagi Umatnya yg melanggar Perintah

RASULULLAH SAW terlalu sayangkan umatnya. Hal ini ternyata apabila Baginda diberitahu oleh Jibrail bahawa ada umat Baginda risau dan sedih serta pengsan apabila diberitahu Jibrail bahawa ada umatnya yang berdosa dan tidak sempat bertaubat atas perbuatannya bakal menjadi penghuni neraka.

Begitu cintanya Rasulullah kepada umatnya. Diriwayatkan daripada Yazid Arraqqasyi daripada Anas bin Malik berkata, malaikat Jibril datang kepada Rasulullah dengan air muka yang berubah.

Kemudian Rasulullah bertanya: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu kerana Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka. Maka, tidak layak bagi orang yang mengetahui neraka jahanam, seksa kubur dan seksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum dia berasa aman daripadanya."

Rasulullah kemudian bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepada aku bagaimana sifat neraka jahanam?"

Jawabnya: "Ketika Allah menjadikan Jahanam, ia dinyalakan selama 1,000 tahun sehingga warnanya bertukar putih. Kemudian dinyalakan lagi sehingga 1,000 tahun sehingga warnanya hitam dan ia tidak pernah padam.

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, jika ia terbuka walaupun hanya sebesar lubang jarum, seluruh penduduk dunia akan terbakar kerana kepanasannya!

"Jika baju ahli neraka digantung antara langit dengan bumi, manusia di dunia akan mati kerana panasnya dan jika satu pergelangan daripada rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, ia akan cair sehingga ke bawah bumi yang ketujuh.

"Neraka jahanam sangat dalam dan perhiasannya daripada besi. Minuman untuk penghuninya campuran air panas dan nanah manakala pakaian mereka diperbuat daripada potongan api. Api neraka mempunyai tujuh pintu.

“Setiap pintu itu pula mempunyai bahagian tertentu daripada lelaki dan perempuan."
Rasulullah bertanya: "Apakah pintu itu seperti pintu rumah kami?"
Jawab Jibril: "Tidak, tetapi ia selalu terbuka. Jarak setiap pintu bersamaan dengan tempoh selama 70,000 tahun dan setiap pintu itu panasnya lebih 70 kali ganda."

Rasulullah bertanya: "Siapakah yang duduk di setiap pintu itu?"
Jawab Jibril: "Pintu yang paling bawah untuk orang munafik, orang kafir selepas turunnya mukjizat Nabi Isa serta keluarga Firaun bernama Al-Hawiyah.

"Pintu kedua untuk orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga untuk orang Shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat untuk iblis dan pengikutnya daripada kaum Majusi bernama Ladha.

"Pintu kelima untuk orang Yahudi bernama Huthomah dan pintu keenam untuk orang Nasara bernama Sa'eir." Jibril kemudian terdiam hingga Rasulullah bertanya: "Mengapa kau tidak beritahu siapa yang akan menduduki pintu ketujuh?"
Jawabnya: "Dalamnya adalah umatmu yang berdosa besar dan mati sebelum sempat bertaubat".

Rasulullah pengsan apabila mendengar jawapan Jibril itu. Jibril kemudian meletakkan kepala Rasulullah pada pangkuannya hingga Baginda sedar dan bersabda:
"Ya Jibril, aku begitu risau dan sedih. Adakah akan ada seorang daripada umatku yang akan masuk neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada kalangan umatmu."

Rasulullah kemudian menangis, begitu juga dengan Jibril. Baginda kemudian masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk pergi bersembahyang.

Daripada hadis qudsi: "Tahukah kamu bagaimana neraka jahanam itu?"

Pertama, ia mempunyai tujuh tingkat di mana setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung dan setiap kampung pula mempunyai 70,000 rumah.

Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik manakala setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Bagi setiap kotak, ia mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.

Di bawah setiap pokok zarqum, ada 70,000 ular dan dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta itu mengandungi lautan racun hitam.

Di bawah setiap pokok zarqum itu juga, ia mempunyai 70,000 rantai dansetiap rantai itu diseret oleh 70,000 malaikat.tnya yang akan masuk ke neraka pada hari akhirat nanti.


korang sume nak ke masuk ke dalam neraka?
kalau aku x nk..
korang boleh pilih SYURGA / NERAKA?
tapi kalau nak..
usaha lah.. cam mana?
nak ke syurga:beribadat,mendengar/mengikut perintah Allah dan seterusnya..
nak ke neraka:langgar arahan/perintah Allah,buat maksiat dan seterusnya..
korang fikir lah sendiri ye.. bye..
Assalamualailum..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

Siksaan/Azab Meninggalkan Solat Fardhu

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahawasanya Abul Malieh berkata:
"Adalah kami bersama Buraidah dalam suatu peperangan di hari yang mendung, maka Buraidah berkata: "Bersegeralah mengerjakan solat Asar kerana sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa meninggalkan solat Asar, maka sesungguhnya telah binasalah amalannya."
.
Berikut adalah ancaman kepada mereka yang meninggalkan salah satu dari solat-solat yang wajib:
.
1. Fardhu Isyak
Allah tidak redha ia hidup di bumiNya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.
.
2. Fardhu Asar
Seperti dosa membunuh seribu (1,000) orang Islam.
.
3. Fardhu Zuhur
Seperti dosa meruntuhkan Kaabah.
.
4. Fardhu Maghrib
Seolah-olah ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
.
5. Fardhu Subuh

Diseksa selama 60 tahun di dalam neraka. 
korang boleh fikir kan apa akibat kalau korang tinggal kan solat?
kalau korang tinggal jugak solat lepas ni.. tak tau ar nak cakap apa..
semoga korang melakukan ibadah dengan bersungguh2..
assalamualaikum..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

15 seksa di dunia,kubur dan akhirat

15 seksaan di dunia, akhirat jika tinggal solat RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata." Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan. Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab." Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat. Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?" Jawab Baginda: Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupan mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka). Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya). Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya. Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik). Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran. Doanya ditolak Allah. Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya." Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?" Jawab Baginda: Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan. Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar. Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut. Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?" Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti." Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat. Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh." Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat. Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?" Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap. "Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar." Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah. Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya. Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).
wahai orang2 yg mengaku muslim tetapi tidak cukup solat nya,cukupkan lah segera..
Assalamualaikum..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

hm...

hm...
aku prnah dgr cter dri uztaz aku..
dye kata "kat akhirat nnti (padang mahsyar)kta xkan boleh berbicara dgn mulut,kalo boleh pun,mulut kita pasti akan berbohong. nnti Allah or malaikat bertanya "kau buat apa ngan tgn kau?"mulut jawab "bantu orang,pgang bnda2 yg baik"tangan lak ckp "mana ada.. aku digunakan untuk pgang bnda2 x elok,pukul orang m*******,menaip laman web lucah"ditanya lagi "kau buat apa ngan mulut kau?"mulut jwb(yg brdusta)"cakap bnda2 yg elok,baca al-quran"mulut lak ckp(yg betul)"jgn lah brdusta.. aku digunakan untuk mencarut,berbual2 kosong,mengumpat,maki orang,hina orang.."ditanya lagi"kau buat apa ngan mata kau?"mulut jawab"melihat bnda2 tg indah dicipta oleh Allah,muka ibu bapa,al-quran"mata lak ckp"jgn nk tipu la kau..aku digunakan untuk tgk bnda2 yg x baik,tgk bnnda2 lucah tgk AWEK.."ditanya lagi "ko buat apa plak ngan kaki kau?"mulut jawab "prgi ke tmpat yg elok,prgi ke surau"kaki lak cakap "toksah la nk menipu.. aku digunakan untuk prgi ke tmpat2 yg x elok, ponteng skolah,sepak orang,sepak binatang yg diciptakan oleh Allah[kucing,haiwan yg x buat kesalahan/kerosakkan(tikus,nyamuk yg wat kerosakkan)],brjalan ngan awek "dikatakan kepadanya kemudian"baiklalah,pergilah engkau ke neraka jahanam!""
nauzubilah..
korang sume x takut ke ngan azab Allah?
hm..
nasihat aku kalo skarang ni korang x solat lg,pegilah solat..
Assalamualaikum..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

bulan ramadan..

hm... 

26ramadan
5september
hm.. cpatnyer masa brlalu..sedar x sedar..lg 5 hari puasa.. 
korang yg baca ni puasa penuh ke? kalau ye,solat penuh x? kalau ye jugak, tahniah.. TAPI,
korang pegi Solat terawih? kalau ye,korang baca x Al-quran?
kalo sume jawapan korang ye,bermakan korang brjaya beribadat dgn bersungguh2 di bulan ramadan..
kalo korang takat puasa tapi x sembahyang 5 waktu,
lebih baik korang x yah puasa.. sama je..
aku prnah terbaca 1 hadis..
tp x ingat diriwayat kan oleh sapa..
hadis nya camni   "barang siapa yg membatalkan puasa nya,tanpa ada sebarang kerinangan(sakit) atau,uzur maka dia tidak akan dapat mengantikan puasa nya itu walau pun dia berpuasa setahun
subahanAllah.. cuba lah korang bayang kan.. 
kalo korang trtinggal sehari je puasa..
korang fikir la sendiri..bye.. 
Assalamualaikum..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D

untuk kali pertama..

ni kali pertama aku post kat blog ni..
kpada sesiapa yg masih nk teruskan untuk membaca..
ska ati ko ar..
harap dapat menghayati ketika membaca blog ini..
hehe..

Dibenarkan copy paste,kalau nak tau ape2 or x paham,comment kat bawah :D