Ibrahin Hakiki berkata2 di dalam ceramahnya,: "dunia ini ialah bayangan sementara. Sesiapa yang berpegang teguh kepada dunia,nescaya ia akan hancur. Sebelum anda meninggalkan dunia,buanglah rasa cinta anda kepada dunia.
Sesiapa yang tidak jatuh cinta terhadap perkara di dunia,insyaAllah akan dimasukkan ke syurga.Air di dunia itu masam,perkara yang didalamnya beracun dan peringkatnya penuh kesedihan.
Dunia melemahkan badan dan menambah kesakitan.
Nikmat di dunia adalah sementara.Beri apa yang terbatas dan ambil apa yang tiada batasnya(pahala).
Bagi orang yang mengenali dirinya sendiri,jatuh cinta pada dunia adalah perkara yang mengejutkan!
Dengan badan di dunia tetapi hati mengingati Akhirat adalah lebih bagus.
Sesiapa yang melawan godaan hawa nafsu akan mendapat khabar gembira,selamat dari bencana.
Sesiapa yang meninggalkan larangan Allah,pasti Allah akan memberi sesuatu yang lebih bagus.
Sesipa yang mencadi hamba kepada Penciptanya,nescaya dunia akan menjadi hamba kepadanya.
Dunia ibarat bayang seorang manusia; kejar ia,nescaya ianya akan berlari jauh dari anda,tetapi melarikan diri darinya,bayang itu akan kejar anda (iaitu kejar akhirat).
Dunia adalah tempat penyeksaan untuk pencintanya,Selain Akhirat adalah sampah dan kekotoran sahaja. Akhirat adalah tempat untuk yang mendapat nikmat untuk orang yang menyembah Tuhannya.
Semua perkara sebelum mati dinamakan dunia.Perkara yang berguna selepas kematian adalah dikira sebahagian dari Akhirat. Kerana dunia adalah tempat yang bercucuk tanam untuk mendapat hasil di akhirat. "
0 komen....?:
Post a Comment